Teman Lelaki N4ngis Bawa Cincin Kahwin, Minta Forensik Sarung Dekat Jari Tangmo – “Mo Aku Berikan Padamu, Jom Kita Bernikah”

Bukan sahaja kehadiran pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik dan ibu mendiang, Panida Siriyudthayothin mencuri perhatian, lensa kamera turut memberi fokus kepada Bird yang merupakan teman lelaki aktres itu.

Bird adalah individu penting yang menguruskan majlis pemakaman dan memperingati Tangmo bersama rakan baik mendiang, Amena.

Bawa cincin kahwin

@mizz_queenqoutes Bird menangis😭tak boleh tgk laa sedihh #riptangmonida #tangmonida😭🙏🏻🥲 #fyp #beritaviraltiktok #tiktokmalaysian #tiktokthailand ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Ketika majlis berlangsung semalam (Jumaat), Bird yang mengenakan kemeja berwarna merah jambu dilihat memegang sebentuk cincin sambil menangis ketika berada di Gereja Methodist.

Difahamkan, cincin itu sepatutnya diberikan kepada Tangmo sebagai tanda perkahwinan mereka. Kata Bird, cincin itu adalah pilihan Tangmo sendiri dan dia melunaskan dengan pergi menempah tanpa memberitahu kekasihnya.

Namun, Tangmo tidak berkesempatan untuk melihat dan memakai di jari manisnya. Bird meletakkan cincin itu bersama belon di ruang yang dihiasi bingkai foto aktres tersebut.

Mo, aku berikan padamu, jom kita bernikah.

Bird juga bercadang untuk meminta bantuan pakar forensik untuk menyarungkan cincin itu di jari Tangmo. Tetapi, jika tidak dibenarkan, dia akan menyimpan cincin tersebut.

Mental belum kuat

@hannanajj Balas @itsmydream__.11 bird menangis sambil memegang cincin pernikahan tangmo yang terlambat #bird #tangmo #marriage #เบิร์ด #แตงโม #fyp #fypシ #GlycoPeelToGlow #funeral ♬ Softcore (I’m too consumed with my own life) – The Neighbourhood

Ketika bertemu dengan media, Amena memberitahu Bird belum bersedia untuk ditemu ramah dan dia memohon maaf.

Bird tidak ingin bertemu kalian (media). Keadaan mentalnya belum stabil.

Selain itu, topi hitam yang tertulis huruf M itu dipercayai pernah dipakai oleh Tangmo ketika hayatnya dan Bird memilih untuk memakai pada hari bermakna tersebut.

Upacara pemakamam itu hanya dihadiri oleh tetamu yang membabitkan ahli keluarga dan teman rapat. Manakala peminat boleh menyaksikan secara langsung menerusi Youtube bermula jam 6:30 petang hingga 8:30 malam sehingga hari Ahad ini.

Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber: TikTok @justmitch__?, @mizz_queenqoutes

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *