“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” – Isteri Shuk Sahar, Serra Tanya Betul Ke Sama?

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mencuri perhatian ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?” tulis Serra di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian itu lagi, Serra tampil jelita setelah berjaya menurunkan berat badan lebih 11 kilogram (kg) sekali gus membuatkan dia semakin berkeyakinan di khalayak ramai.

Video

@rossa.sera yeke? 📸 @inayahbeauty #fyp ♬ bunyi asal – Cikputerimisha😍 GSTT😘 – Puanputerimisha😍 GSTT😘

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang kurang bersetuju dengan dakwaan yang menyatakan wajah ibu beranak dua itu ada mirip Tangmo.

Selain menerima usikan daripada wargamaya, ada yang berpendapat wajah Serra lebih mirip dengan aktres Farah Nabila.

“@Ringgoalbero:kau lebih la.. iras Syuk je dah cukup la…”

“@Suprisegift_foryou:Ni bukan Tangmo kak, ni tang mano.”

“@idabasir767:maaf ya tadak langsung macam Tangmo. Kalau Nasha Aziz sungguh macam Tangmo sebiji.”

“@mea_damia:saya tengok macam iras Farah Nabila.”

“@:kalau ada kawan ajak makan naik speed boat hati-hati ya kak.”

“@Nurul Najwa:Confident sangat tinggi kak lepas lawa bagus bagus. Luv you.”

“@Nor Hasliza:Yelah kak iras sangat dengan Tangmo. Tapi akak dah bersedia ke nak dibayangi Tangmo ada di setiap penjuru rumah akak.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar into, kemelut rumah tangga Serra dan Shuk masih belum menemui nokhtah walaupun sudah beberapa bulan mereka hidup berjauhan.

Pada November tahun lalu, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober.

Serra dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.