“Tak mahu ambil pembantu rumah muda…” -Wanita cepat jatuh hati, Iqbal cari ‘maid’ umur 40 tahun

TAKUT jika ada wanita yang mudah jatuh hati dengannya, usahawan dan pelakon Ahmad Iqbal Zulkefli meletakkan syarat mencari pembantu rumah berusia 40 tahun ke atas.

Mengakui pernah melalui pengalaman itu, Iqbal, 28, berkata dia lebih berhati-hati untuk memilih orang untuk bekerja dengannya.

“Pernah sebelum ini orang yang bekerja dengan saya menyimpan persaan terhadap saya.

“Jadi saya tidak mahu perkara begitu terjadi lagi. Sebab itu saya tetapkan syarat tertentu untuk memilih calon menjadi pembantu rumah.

“Saya juga tidak mahu mengambil pekerja yang terlalu muda kerana bimbang mereka masih suka enjoy dan mengabaikan kerja-kerja rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.

iqbal z 22

Iqbal menyediakan kemudahan tempat tinggal selesa buat pembantu rumah

Terdahulu Iqbal menjawab persoalan di IG story berkaitan kriteria pembantu rumah yang dicari selepas dia membuka ruang untuk jawatan kosong pembantu rumah.

“Syarat umur 40 tahun ke atas. Alasannya saya tidak mahu lagi ada isu melibatkan perasaan.

“Pembantu semua akan tinggal serumah dengan saya. Saya bujang dan tinggal sendirian,” tulisnya.

Sementara itu Iqbal turut memberitahu jadual kerja yang semakin sibuk menyebabkan dia tergerak hati mengambil khidmat pembantu rumah secara tetap.

 

Pernah sebelum ini orang yang bekerja dengan saya menyimpan persaan terhadap saya

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN/PELAKON

Katanya ia bagi memudahkan urusan di rumah dan dalam masa sama boleh menjimatkan perbelanjaan kerana sebelum ini dia sering makan di luar.

“Disebabkan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa hendak uruskan diri sendiri, saya rasa perlu mengambil khidmat pembantu rumah.

“Selain itu boleh juga jimatkan perbelanjaan makan. Tak perlu lagi makan di luar. Lebih senang apabila balik kerja semuanya sudah terhidang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.